Waspada penyakit selepas banjir

SERI KEMBANGAN – Pada Ahad, terdapat sembilan kes baharu positif Covid-19 membabitkan mangsa banjir, menjadikan keseluruhan kes positif dalam kalangan mangsa berjumlah 460 kes.

 

“Jumlah kluster di pusat pemindahan sementara (PPS) juga kekal satu kluster. Namun, tiada kes baharu dilaporkan di PPS, menjadikan jumlah keseluruhan kes di PPS kekal 15 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata sebanyak 63 kes lagi membabitkan penyakit berjangkit dikesan berlaku dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,038 kes.

 

“Sejumlah 42 kes dikesan menghidap jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), 10 kes penyakit kulit manakala 11 kes lagi menghidap Acute Gastroenteritis (AGE),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 

Justeru, sebagai langkah pencegahan awal, beliau menasihatkan mangsa banjir memaklumkan status risiko Covid-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif Covid-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.

 

“Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan juga perlu lebih berwaspada gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir dan melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, mereka diminta sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia