Lagu Selamanya Malaysia olahan kreatif, bangkit semangat cinta negara

SERI KEMBANGAN – Lagu patriotik Selamanya Malaysia yang dilancarkan hari ini dilihat dapat membangkitkan semangat kecintaan pendengar terhadap negara Malaysia melalui lirik yang mudah difahami dan dihayati.

 

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ahmad Rithaudin Md Noor berkata demikian semasa memberikan komentar mengenai video muzik lagu tersebut.

 

“Melodi lagu ini juga senang diingati dan mempunyai struktur yang mudah dihafal dan dinyanyikan oleh pelbagai kumpulan umur dan etnik,” kata beliau.

 

Tambahnya, gaya lagu ini adalah kontemporari dan sangat bersesuaian dengan kehendak dan selera muzik masyarakat Malaysia kini.

 

Bagi beliau, visual yang relevan dalam video ini juga telah menguatkan lagi makna lagu ini dengan mengambil kira elemen multiculturalism (faham pelbagai budaya) di Malaysia. 

 

“Lagu ini juga amat relevan dengan keadaan negara sekarang ini dengan memasukkan visual peristiwa-peristiwa terkini seperti pandemik dan Sukan Olimpik, di antaranya,” ujarnya.

 

Menurut Dr Rithaudin, apabila kali pertama mendengarnya, beliau terus dapat memahami kehendak dan makna lagu ini.

 

Namun begitu, beliau berpandangan, mungkin ada satu skala yang kurang kerana ada elemen rap yang tidak memungkinkan lagu ini dinyanyikan beramai-ramai.

 

“Secara keseluruhannya, lagu ‘Selamanya Malaysia’ telah dapat mencerminkan sentimen kecintaan pendengar terhadap tanah air melalui gabungan kreatif muzikal, bahasa, visual dan olahan kreatif yang bersesuaian dengan selera dan kehendak masyarakat Malaysia kontemporari,” jelas beliau.

 

Lagu Selamanya Malaysia merupakan sebahagian daripada aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang berlangsung pada 15 Ogos hingga 16 September ini yang dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Sinar Harian.

 

Video muzik lagu ini boleh disaksikan di saluran TV IKRAM melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=Zs4DiU7GQdM.

 

Sila klik ‘like’, komen dan kongsikan video muzik lagu patriotik IKRAM ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia