Negara kita menyambut ulang tahun ke-64 tahun ini dalam keadaan berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 yang mengesani kesihatan, ekonomi dan pendidikan rakyat. Kemelut dalam kalangan para politikus pula menjadikan tadbir urus negara tambah haru-biru.
Sebagai Muslim dai dan rakyat Malaysia yang berpendidikan dan bertanggungjawab, ahli-ahli IKRAM perlu terus fokus dengan usaha pengislahan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kita perlu terus prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan di samping cakna dengan segala perkembangan dan isu yang berlaku, dalam dan luar negara.
Kempen Bulan Kebangsaan IKRAM kali ini memberi penekanan kepada aspek perpaduan nasional. Antara asas penting pembinaan negara kita yang berbilang etnik dan agama adalah ‘unity in diversity’ (kesatuan dalam kepelbagaian) dalam kalangan rakyat.
Perpaduan nasional yang tulen pula perlu berteras keadilan dan kemuliaan insan. Budaya saling mengenali, mengiktiraf dan menghormati, tolong menolong dan sebagainya perlu terus dipupuk bagi mengukuhkan lagi hubungan harmoni dalam masyarakat.
Marilah kita teruskan usaha meningkatkan hubungan antara kaum dan kelompok demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta.
Malaysia Prihatin
#MerdekaBersama
Pertubuhan IKRAM Malaysia