Alhamdulillah. Telah berlangsung 2 hari iaitu 3 – 4 hb Mei 2021 Pameran Cakna Palestin di Masjid Al-Azim, Kariah Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan. Pameran memberikan gambaran sejarah (bermula dari 1917 – Deklarasi Balfour), perjuangan, keadaan Palestin bermula dari Nakba (1948) hingga ke hari ini serta inisiatif-inisiatif bantuan kemanusiaan yang dlakukan oleh MyCARE bersama dokongan rakyat Malaysia.
Dengan kerjasama JK Masjid yang dipengerusikan oleh Tn Hj Md Fakarudin Abd Rahman serta jawatan kuasa, tabung infaq turut di buka. Alhamdulillah pameran telah menarik minat dan mendedahkan kepada ahli jamah dari pelbagai golongan untuk mengetahuai dan merasai nasib yang dilalui oleh rakayat Palestin.
Jumlah infaq ahli-ahli kariah berjumlah RM2,918.00 telah diserahkan oleh Pengerusi Masjid kepada wakil MyCARE, Dr Mohd Zin Kandar. Didoakan semoga Allah ganjarai kebaikan bersempena Ramadan yang penuh keberkatan kepada semua yang menyumbang dan berinfaq.
Anda boleh terus berinfaq projek MyRAMADAN membantu mereka yang memerlukan secara mudah iaitu Online ke link : http://mycare.qrd.by/myramadanns
Terima Kasih dan Jazakumullahukhairan.