Johor Bahru, 6 Ogos 2021 – Program Si cilik Membaca diadakan bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak, disamping menggalakkan mereka mengisi masa di musim PKP ini dengan aktiviti berfaedah. Program ini adalah anjuran Wanita IKRAM Johor (Unit IKRAM Junior) dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia (YIM) dan IMAN ELC.
Sebanyak 100 set buku-buku bacaan disediakan untuk anak-anak daripada 100 keluarga terpilih. Agihan sumbangan buku untuk fasa pertama diadakan secara ‘drive thru’ di perkarangan Kompleks IKRAM Johor, Taman Universiti. Seramai 50 keluarga santunan IKRAM Kawasan Iskandar Puteri, Pulai dan Skudai telah terpilih sebagai penerima pada kali ini.
Disamping set buku-buku bacaan, setiap keluarga juga menerima sumbangan barangan makanan tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Wanita IKRAM Johor.

























