KUALA TERENGGANU | Pertubuhan IKRAM Kuala Terengganu telah terlibat dalam penganjuran ‘Pasar Percuma’ buat asnaf sekitar Kuala Terengganu pada hari ini. Program tersebut telah dianjurkan oleh Surau Haji Awang Abas dengan kerjasama IKRAM Kuala Terengganu dan Syarikat Sabasun HyperRuncit.
Alhamdulillah, berbekalkan bantuan yang diterima oleh para dermawan, lebih kurang 200 asnaf telah mendapat manfaat daripada program ini. Mereka telah menerima bantuan bekalan makanan asas dan keperluan harian seperti beras serta minyak masak.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut terutamanya kepada penderma yang bermurah hati dalam meringankan beban saudara kita yang lain.
Didoakan agar Allah swt mengganjari kalian dengan sebaik-baik balasan. Amin.