BALING – Tanggal 9 Jun 2021, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Baling telah mengorak langkah membantu frontliners dengan menyampaikan sumbangan telefon bimbit kepada Pejabat Kesihatan Daerah Baling bagi kegunaan Bilik Gerakan Covid untuk menghubungi mereka yang perlu mendapat suntikan setiap hari.
Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Solehuddin (Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kawasan Baling).
Semoga sumbangan kecil ini membantu pihak frontliners dalam melaksanakan tugasan dalam situasi pendemik ini.