08 & 09 Mei 2021 – Alhamdulillah, bersempena dengan Projek Pendidikan Komuniti Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang diterajui oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perlis (IKRAM Perlis) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Negeri Perlis (IQ Perlis) dan Hidayah Centre Foundation Perlis (HCF Perlis) telah berjaya menganjurkan Program Remaja Raikan Ramadan (3R) bersama murid yang terpilih menyertai projek pendidikan komuniti ini bertempat di Masjid Lama Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Aktiviti ini merupakan sebahagian Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis atas inisiatif MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSB).
Seramai 40 orang murid darjah 5 dan darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis telah mengambil bahagian dalam Program 3R pada kali ini.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan khususnya dalam menghayati ibadah puasa di dalam bulan Ramadan. Terima kasih kepada penceramah utama, En. Mohd Nabeel Asyraf bin Asmi beserta barisan fasilitator dalam memberikan input yang bermanfaat kepada para peserta.
Semoga berjumpa lagi pada program-program susulan dalam usaha merealisasikan transformasi Kampung Seberang Ramai menjadi pusat komuniti contoh yang terbaik insyaAllah.

