KUBANG KERIAN, 18 JULAI 2021 –Seramai 18 orang di santuni oleh Pertubuhan IKRAM Kubang Kerian dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia di kawasan sekitar Kenali. Keprihatinan terhadap semangat bendera putih yang digerakkan oleh rakyat iaitu daripada mereka yang berkemampuan kepada yang memerlukan diteruskan untuk meringankan beban sesama insan.
“Alhamdulillah syukur.. ada lauk untuk seminggu ni”, ujar salah seorang penerima sumbangan . Sekurang-kurangnya keluarga ini tidak hanya makan nasi putih sahaja pada minggu tu. Makanan percuma yang diberikan termasuklah seekor ayam segar dan sepapan telur insyaAllah dapat membekalkan protein bagi keluarga-keluarga di situ.
Program ini adalah initiatif yang dibuat oleh Mother’s Support Group (MSG) yang dianjurkan oleh IKRAM Kubang Kerian. Semoga Allah merahmati dan menyuburkan rezeki di atas semua sumbangan yg diberi.