KHAMIS, 22 Julai 2021: Alhamdulillah telah selesai sembelihan dan agihan tiga ekor lembu korban untuk 300 keluarga di sekitar daerah Kuantan dan seekor lembu untuk 70 keluarga di sekitar daerah Temerloh hasil kerjasama IKRAM Negeri Pahang, Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu Pahang), IKRAM Kawasan Kuantan, IKRAM Kawasan Indera Mahkota, IKRAM Kawasan Temerloh dan Pertubuhan Peduli Progresif Kuantan (PPP).
Kebanyakkan penerima merupakan mereka yang tinggal di Indera Mahkota, Taman Tas, Tanah Putih, Kampung Pandan, Taman Mahkota batu 12, Kampung Pelindung, Kg Batu Hitam dan sekitarnya. Bagi daerah Temerloh pula, daging lembu korban telah diagihkan untuk penerima yang tinggal di Taman Bukit Cermin, Kg Catin, Taman Seri Semantan, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Kelas Mengaji Muaalaf Temerloh, Taman Seri Bahagia dan Kg Sg Rabit.

Agihan daging korban ini telah dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan PKP 3.0 yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM manakala proses sembelihan pula telah dijalankan di tempat sembelihan yang telah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur sembelihan semasa PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri Pahang.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Korban Kasih IKRAM Pahang 2021 ini. Semoga jasa baik anda diganjari oleh Allah. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.