Khamis, 7 Jan – YDP IKRAM KL telah menyertai sesi bengkel di ibupejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Menara TH Selbourn, KL.
Bengkel tersebut disertai oleh beberapa orang pegawai JPNIN yang ketuai oleh Pengarah JPNIN WP Puan Suraya Wen.
Turut hadir beberapa wakil dari NGO MyPj & Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang diketuai oleh pengerusinya Hj Badlishah Sham Baharin. Perbincangan berkisar kepada hasrat jangka panjang bersama untuk membentuk komuniti prihatin dan harmoni di penempatan sekitar ibunegara berdasarkan konsep “SAFE, HARMONIOUS & LIVEABLE”.
PPR Sri Sarawak dicadangkan untuk dijadikan model bagi menghasilkan beberapa strategi yang semestinya memerlukan kerjasama dari segenap lapisan masyarakat dan stakeholders termasuklah dari kalangan NGO & agensi-agensi kerajaan.
Semoga perbincangan sebegini akan dapat lakukan dari masa ke semasa secara berterusan. Ianya juga merupakan salah satu usaha libat urus IKRAM Kuala Lumpur untuk menjadi rakan strategik JPNIN dalam melaksanakan suatu konsep perpaduan nasional yang praktikal dalam komuniti di Kuala Lumpur.