Terletak di bahagian yang kaya dengan gas asli menjadikan ia bandar perindustrian yang pesat membangun berkeluasan 7220 km2. Jarak daripada Kuching ialah sejauh 650 km melalui jalan raya yang mengambil masa hampir sembilan jam perjalanan.
Ia mempunyai seramai 189146 penduduk mengikut perangkaan tahun 2010 yang terdiri daripada bangsa melayu, melanau, iban, cina dan lain-lain.
Fokus IKRAM daerah Bintulu ialah mahasiswa, remaja, aulad, khidmat masyarakat dan wanita.