Menurut Satria Arjuna, Timbalan Yang Dipertua menyebut, “Family Day” ini merupakan program yang mempertautkan lagi kemesraan yang sedia ada di kalangan ahli IKRAM di Kota Samarahan dan sekitarnya.
Pelbagai aktiviti dilangsungkan antaranya senamrobik, sukaneka, pertandingan mengayam ketupat, tazkirah dan sebagainya.
Sebanyak 10 permainan sukaneka diadakan bagi menguji kerjasama dan persaingan yang sihat di antara kumpulan.
Antara permainannya ialah mengisi air dalam botol menggunakan span, cari gula-gula dalam tepung, bawa bola celah kangkang, tangkap belon yang berisi air dan lain-lain lagi.
Para peserta sangat berpuas hati dan berharap agar “Family Day” ini menjadi acara tahunan bagi IKRAM Kota Samarahan.