Memahami pentingnya mengurus wang dengan baik adalah salah satu ciri yang ditetapkan oleh Islam, maka IKRAM Kota Samarahan menganjurkan Seminar Perancangan Kewangan pada 15 Jun yang lepas.
Seminar yang disampaikan oleh Haron bin Mohd Yusof atau dikenali sebagai Pak Hamdy ini menyentuh perkara-perkara asas dalam memahami keperluan merancang kewangan di samping berkongsi tip-tip untuk menyimpan, melabur, dan mengurus hutang.
Beliau yang juga penulis untuk lima buah buku antaranya Rancang Wang Hidup Sejahtera ini turut memberi panduan untuk membeli rumah dan kereta yang dapat memberi nilai pulangan terbaik kepada pembeli.
Selain itu, beliau juga berkongsi pengalaman dalam menguruskan perkahwinan yang jimat dan tanpa hutang sebagai saranan kepada peserta-peserta yang masih belum berumah tangga.
Seramai hampir 60 peserta yang hadir sangat berpuas hati dengan penyampaian yang bersahaja oleh Pak Hamdy dan teruja untuk mengikuti panduan yang telah disampaikan.
Seminar sehari ini ini diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Kota Samarahan.