Slot ceramah keibubapaan yang bertajuk Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah Remaja disampaikan oleh Ustaz Mohamad Salleh bin Hamdin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat IKRAM Sarawak.
Selain itu, forum turut diadakan bagi mengupas tajuk, Keluarga dan Kerjaya : Keseimbangan Ke Arah Pembentukan Keluarga Sakeenah.
Ahli panel forum ini terdiri Encik Mohd Ghazali bin Daud, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kota Samarahan, Ustaz Mohammad Syarifuddin bin Abdul Kadir, Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Sarawak dan Puan Zaiton binti Yusof, Ketua Wanita IKRAM Kota Samarahan.
Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta akan kepentingan menjaga keluarga. Selain itu, beberapa tip sebagai ibu bapa dikongsikan oleh para panel untuk sama-sama memastikan keluarga sakeenah dapat dibina.
Program ini anjuran dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kota Samarahan dan Jabatan Agama Islam Sarawak, Kota Samarahan.