Antara objektif program ini dilaksanakan ialah memberi kesedaran akan pentingnya untuk beriadhah dalam membentuk tubuh badan yang sihat. Selain itu, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama peserta. Program ini bertemakan menepati waktu. Hal ini kerana kita perlu sedar betapa pentingnya sebagai seorang manusia itu untuk menepati waktu.
Program ini bermula dengan solat asar secara berjemaah di Masjid Muara Tuang. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti senaman, permainan dan sesi tazkirah yang bertajuk ‘Menjaga Waktu’. Antara initipati yang dikongsikan dalam sesi tazkirah ialah bagaimana seorang muslim itu boleh berjaya jika menepati waktu serta tokoh-tokoh yang terkenal dengan ciri-ciri menepati waktu.