Khamis, 10 Ogos 2017 – Alhamdulillah pasukan Malaysians Against Pornography (MAP) Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman Machang.
Peserta seramai 20 org semuanya terdiri daripada pelajar perempuan darjah 4 hingga 6
Tema program adalah ‘Sayangi Diri Hiasi Peribadi’. Program yang berlangsung selama sejam setengah menyentuh tentang ‘Ada Apa Dengan Baligh’ dan diselitkan dengan beberapa video seperti Tujuan Hidup, Kerosakan Otak Akibat Pornografi, Sentuhan Selamat & Tak Selamat, nasyid Anak Soleh (Aeman).
Para peserta sangat teruja dengan video-video dan juga tadabbur ayat-ayat Al-Quran yg berkaitan dengan penjagaan diri, jangan hampiri zina, berbuat baik kepada ibubapa dan tujuan hidup. Terdapat juga kuiz di akhir program yang menambahkan keterujaan mereka.
Semoga penyampaian tadi berbekas di hati dan memberi kesan dalam kehidupan para peserta.
Sekiranya ada sekolah, masjid, atau pertubuhan yang memerlukan khidmat penerangan dan bengkel MAP sila hubungi JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak2 , Dr Fatimah Az-Zahraa Dinsuhaimi di talian +60174252929
Wanita IKRAM Negeri Kelantan