16 Januari 2016 – Daurah Tajwid siri pertama telah berlangsung yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan Al-Quran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan Al-Quran menjadi objektif peserta yang hadir. Seramai lebih 50 orang peserta mendapat bimbingan tentang ilmu tajwid oleh Ustaz Azizee Rohim bin Japri, Pengerusi Tarbiah IKRAM Kota Bharu.
Antara yg telah dipelajari dari daurah ini diantaranya adalah
1- Maksud tajwid
2- Keperluan mempelajari tajwid
3- Pembahagian ilmu tajwid
4. Sejarah dan Sanad bacaan AlQuran
Setelah itu, peserta berbincang dalam kumpulan tentang perlunya kita bersama Al-Quran dan bagaimana kita boleh bersama Al-Quran. Para peserta menyatakan bahawa mereka perlu terus mempelajari dan mendalami ilmu ini sehingga mereka boleh mengamalkan dan boleh menyampaikan kepada orang lain.
Pada akhir sesi pula para peserta diuji dengan soalan-soalan mengenai ilmu yang dipelajari dalam daurah pada kali ini. Hadiah yang disediakan terus memberikan motivasi kepada peserta untuk menyingkap kembali helaian nota yang ditulis dan terus menjawab soalan-soalan yang diberi.
Alhamdulillah Daurah Tajwid hari ini berlangsung dengan banyak ilmu yang dipelajari dalam suasana yang menyeronokan. Semoga semua peserta beroleh manfaat daripada daurah yang dihadiri.