Program Jaulah ini bertujuan mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Negeri Pahang serta mencetuskan keterujaan untuk terus melonjakkan dakwah di bumi Pahang.
Antara program yang diadakan ialah Jamuan BBQ, sesi ta’aruf dan perkongsian pengalaman, qiamullail, bacaan mathurat, riadah dan perkongsian taujihat oleh Ustazah Aida yang bertajuk ” Tarbiyyah adalah kekuatan jemaah”
Pihak rombongan jaulah sangat terharu dengan layanan mesra akhawat IKRAM Temerloh. Semoga ukhuwah fillah ini terus mengalir indah dan segala kenangan ini terukir dalam sanubari kami.