IKRAM Selangor mendokong kenyataan MAIS berkenaan dan menganggap bahawa keputusan kerajaan negeri Selangor itu merupakan satu keputusan yang tepat demi menjadikan negeri ini negeri contoh sejajar dengan usaha menjadikan Selangor sebagai negeri rahmah dan mendaulatkan syariah.
Bahkan IKRAM Selangor juga melihat keputusan ini sendiri sebagai menjunjung fatwa pengharaman merokok yang telah diwartakan HARAM pada 7 Disember 1995 dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan pada 19 Januari 2016 bahawa penggunaan rokok elektronik atau vape juga adalah HARAM.
Walaupun keputusan larangan kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa di taman awam, namun IKRAM Selangor berharap agar umat Islam terutama di negeri ini sedar bahawa perbuatan merokok adalah ditegah walau di mana sahaja berada. Apatah lagi rokok dan arak sememangnya tiada manfaat melainkan hanya membawa kemudharatan kepada kesihatan diri serta kesejahteraan keluarga.
Maka, IKRAM Selangor berharap agar:
- Penguatkuasaan ini dapat diambil perhatian serius seluruh masyarakat terutama umat Islam demi mengamalkan budaya hidup yang sihat dan menjadikan premis-premis awam bebas daripada asap rokok serta minuman keras.
- Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal mematuhi larangan ini demi mengelakkan pihak lain yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat kedegilan ini.
- Larangan merokok dan meminum arak ini akan menjadi perintis kepada larangan-larangan sama di premis-premis lain seperti restoran, kedai makan, kawasan pejabat, masjid, pusat hiburan dan pelbagai lagi.
- IKRAM Selangor beriltizam bersama-sama MAIS dalam mendidik masyarakat terutama anak muda agar menjauhi rokok dan arak.
- Bersama-sama berusaha menyumbang segala kepakaran yang ada dalam usaha-usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat tentang bahaya rokok dan arak.
#SelangorBebasRokok
#MenujuNegaraRahmah
Prof Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan Yang DiPertua, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Selangor
17 Julai 2020