Kemalangan LRT: Punca kejadian masih disiasat

“Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

 

Menerusi kenyataannya, polis telah menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. 

 

“Dalam kejadian sekitar 9.00 malam itu, tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC, menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47 daripadanya parah.”

 

Prasarana menerusi kenyataannya memaklumkan bahawa kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81 menyebabkan beberapa penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan.

 

“Kesemua penumpang berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu,” Mohamad Zainal.

 

Kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

 

Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.

 

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, laporan awal mengenai insiden itu akan dihantar kepadanya oleh Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada pagi esok.

 

“Saya menjangkakan dalam tempoh dua minggu hasil siasatan oleh pasukan khas itu akan dikemukakan kepada kementerian.”

 

Beliau berkata, dalam tempoh dua minggu, ia akan kenal pasti punca kejadian sama ada disebabkan kesilapan dari segi sistem signalling (isyarat), masalah komunikasi atau kesilapan manusia.

 

“Pasukan penyiasat akan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai agensi termasuk dari MOT, Prasarana dan APAD.”

 

Dalam pada itu beliau memberi jaminan, semua penumpang dan keluarga penumpang yang terkesan dengan insiden itu akan dibantu.

 

Menurutnya, buat masa ini keutamaan adalah memastikan semua mangsa dirawat dan MOT bersama Prasarana akan berbincang mengenai perlindungan insurans kepada penumpang terlibat.

 

Sebelumnya, video dan gambar mengenai insiden itu telah tular di media sosial yang memperlihatkan penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan serta berdarah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia