Serahan ini diketuai oleh Pengurus Unit OKU Yayasan Ikram Malaysia, Dr Wan Najwa Wan Zohdi. Turut membantu melancarkan serahan sumbangan ini adalah Ketua Blok D, Encik Endi Susilo Tasiron.
Kata beliau, paling ramai penduduk di blok ini adalah dalam kalangan orang buta dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih sudi membantu penduduk di sini.
Turut hadir orang yang bertanggungjawab (OYB Subang Jaya), Encik Mohd Fadzly Abd Ghafar dan Eksekutif Pembangunan Projek Yayasan Ikram Malaysia, Cik Afifah Ahmad.
Penerima-penerima OKU penglihatan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan kebanyakan mereka boleh memasak sendiri walaupun kekurangan deria penglihatan.
Yayasan Ikram Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua para penderma budiman yang prihatin akan golongan memerlukan seperti mereka ini.
Bagi mereka yang ingin menyumbang, sila salurkan sumbangan anda melalui :
http://yayasan.ikram.org.my/infaq-ramadan/
atau
YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: RR21
E-mel: sumbangan.yayasan@ikram.org.my
“Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’: 39)