Rayuan Ramadan 2021 sasar sumbangan RM1.5 juta

“Ini kerana, situasi semasa memperlihatkan ramai yang telah terjejas akibat pandemik Covid- 19, hilang pekerjaan serta sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga dan memerlukan santunan bagi meneruskan kehidupan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Tuan Kamsani Nasir.

 

Menurutnya, keseluruhan agihan hasil daripada Kempen Rayuan Ramadan tahun 2020 telah memberi manfaat kepada lebih 50,813 orang daripada 1,531 keluarga. Bantuan yang diberikan berupa sumbangan pek makanan, iftar dan sahur, bantuan bencana serta bantuan kepada OKU.

 

“Kempen Rayuan Ramadan telah dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi yang mana ketika itu ia diselenggarakan di bawah jenama i-Bantu.”

 

Jelasnya, kempen ini telah berjaya memberi impak besar kepada golongan B40 termasuk OKU dari segi pendidikan, infrastruktur, kesihatan serta bantuan keperluan kepada mereka yang ditimpa kepayahan dan berkeperluan.

 

“Alhamdulillah, sehingga tahun 2020, pelbagai agensi termasuklah dari luar negara telah bekerjasama dan memberikan kepercayaan untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui Yayasan Ikram Malaysia,” tambah Kamsani.

 

 

Pelancaran kempen itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Ikram Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) pada Sabtu, 27 Mac lalu.

 

“Orang yang berinfak sewaktu dalam keadaan sukar, bagi mereka pahala yang besar di sisi Tuhannya. Mereka tidak akan ada rasa ketakutan untuk menjadi miskin serta berdukacita,” kata beliau yang memetik ayat 274 daripada surah al-Baqarah.

 

Tambahnya lagi, mereka yang mampu untuk memberi akan senantiasa dialu-alukan sementara yang memerlukan bantuan pula akan diraikan keperluan mereka.

 

Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Profesor Madya Haji Ainullotfi Abdul Latif dan juga penerima-penerima bantuan yang menerima bantuan fidyah dan peranti pembelajaran.

 

 

Cikgu Suzana Saad@Adam selaku guru pengiring Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Ikram Malaysia atas sumbangan peranti pembelajaran yang telah disumbangkan kepada murid-murid terpilih daripada sekolahnya.

 

Ketika ditemu bual, salah seorang murid memaklumkan bahawa sebelum ini beliau hanya berkongsi satu komputer riba ibu dengan bergilir-gilir bersama enam orang adik-beradik yang lain.  

 

Mereka yang berminat untuk menyumbang bagi Kempen Rayuan Ramadan, bolehlah melayari pautan https://yayasan.ikram.org.my/rayuan-ramadan/ atau menyalurkannya ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (562142404402 – Maybank) dengan rujukan ‘RR21’.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia