Agar nikmat-Nya sentiasa bertambah-tambah

Namun, kenikmatan yang Dia hamparkan tidak akan bertahan lama melainkan Dia akan menariknya kembali kecuali hamba-Nya menzahirkan rasa syukur terhadap-Nya atas nikmat yang telah diberikan kepada kita. Sebagaimana firman-Nya:

 

لئن شكرتم لأزيدنكم

“Sesungguhnya jika engkau bersyukur, nescaya Aku akan menambah (kenikmatan) kepadamu.” (Surah Ibrahim: Ayat 7)

 

Jelas melalui ayat tersebut, jika kenikmatan ingin bertambah, maka kita sebagai hamba-Nya mesti bersyukur walaupun  sedikit.

Untaian hikmah dalam kitab al-Hikam juga menjelaskan:

 

من لم يشكر النعم فقد تعرض لزوالها ومن شكرها فقد قيدها بعقالها

“Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhannya, maka bererti ia berusaha untuk menghilangkan nikmat itu, dan barang siapa yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, bererti ia telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kukuh.”

 

Kalam hikmah yang dipaparkan oleh Imam Ibnu Athaillah juga menganjurkan agar kita hendaklah senantiasa mensyukuri nikmat kerana dengan mensyukurinya, kita telah mengikat kenikmatan tersebut dalam diri dengan ikatan yang kukuh sehingga tidak akan lepas lagi.

 

Sebaliknya, jika seseorang itu kufur atas nikmat yang telah dikurniakan, jangan harap kenikmatannya itu akan bertambah, melainkan akan kehilangannya dan diberi azab yang amat dahsyat oleh Allah SWT.

Ini sesuai dengan firman-Nya:

ولئن كفرتم ان عذابي لشديد

“…Tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat” (Surah Ibrahim: Ayat 7)

 

Justeru, bagaimanakah cara agar kita tergolong hamba-Nya yang bersyukur? Terdapat tiga cara yang boleh kita lakukan untuk bersyukur.

 

1. Bersyukur dengan hati

Iaitu dengan memiliki keyakinan bahawa segala sesuatu kenikmatan yang diterimanya merupakan kurniaan Allah SWT walaupun sebenarnya kenikmatan tersebut diperolehi melalui makhluk-Nya.

 

Sebagaimana firman Allah SWT:

وما بكم من نعمة فمن الله

“Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) daripada Allah.” (Surah An-Nahl: Ayat 53)

 

2. Bersyukur dengan lisan

Ini merupakan cara bersyukur yang sering kita lakukan kerana bersyukur dengan cara ini merupakan perbuatan bersyukur yang sangat mudah.

 

Bersyukur dengan lisan dapat dilakukan dengan memuji nama Allah SWT dengan memperbanyak menyebut hamdalah dan boleh juga dengan cara tahdus binikmah iaitu menceritakan kenikmatan yang telah diperoleh kepada orang lain tetapi bukan bertujuan untuk riak atau berbangga diri.

 

Ia sebagaimana dianjurkan Allah SWT:

واما بنعمة ربك فحدث

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).” (Surah Ad-Duha: Ayat 11)

 

3. Bersyukur dengan seluruh anggota badan

Iaitu dengan menggunakan anggota badan kita untuk hal-hal yang positif seperti menggunakan matanya untuk melihat sesuatu yang baik, melangkahkan kaki untuk menuju masjid, tempat pengajian, membuat kebajikan dan lain-lain.

 

Moga dengan kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya, maka akan bertambah-tambah lagi nikmat dan kasih-sayang-Nya kepada kita hamba-Nya, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia