Dr Syazalie dilantik sebagai Ahli JKP IKRAM

 

Ahli JKP baharu lantikan Presiden IKRAM ini akan bertangggungjawab dalam urusan berkaitan Hal Ehwal Syariah di peringkat pusat.

Dr Syazalie, 40, dilahirkan di Butterworth dan dibesarkan di Georgetown, Pulau Pinang merupakan Ahli DPN sejak 2010, mantan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang dan juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah dan Modal Insan IKRAM Negeri.

Beliau merupakan petugas sepenuh masa dengan IKRAM Pulau Pinang sebagai Pengurus Tarbiah sejak awal penubuhan IKRAM pada 2010 dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Januari lalu.

Dr Syazalie adalah graduan sarjana muda dan sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti al-Iman, Yaman pada tahun 2004 dan 2008, seterusnya memperolehi ijazah doktor falsafah bidang Usul Fiqh dalam Pengurusan Pembangunan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2019.

Aktif berceramah dan berdakwah di sekitar Pulau Pinang, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Pn Nurul Hidayah Ismail dan dianugerahkan seorang anak lelaki.

Semoga pelantikan ini akan memperkukuhkan gerak kerja IKRAM secara keseluruhan dari semasa ke semasa dalam mencapai matlamat Membina Malaysia Baharu dan visi Malaysia Menjadi Negara Rahmah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia