Berlangsung di Taman Botani Perdana di sini, para peserta terdiri daripada penghuni dua pusat komuniti Rohingya di Sungai Tekali dan Puchong serta para pelajar Tahfiz Al-Amin MyCARE.
“Anak-anak ini telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti antaranya ‘Funny Face Sandwich’, sukaneka dan perjalanan mengelilingi taman dengan menaiki Trem,” kata wakil MyCARE.
Terserlah kegembiraan mereka apabila diraikan dengan istimewa sekali.
“Mereka sangat teruja menanti giliran untuk mendapatkan belon masing-masing dari Awang the Clown.”
Beliau berkata, program seperti ini amat dinanti-nantikan mereka pada setiap tahun.
“Walaupun setiap daripada mereka mempunyai kisah dan latar belakang yang berbeza, perbezaan ini tidak menghalang mereka untuk bersama-sama kanak-kanak lain berkongsi kegembiraan.”
Sehubungan dengan itu, pihak MyCARE merakamkan penghargaan kepada para penaja daripada Ara Wonder Cake, Bakso Koplo, Poptouchdesign dan individu yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.
“Saya seronok dapat join aktiviti hari ini, setiap hari saya berdoa agar diberi peluang lagi seperti hari ini,” ujar salah seorang anak yatim yang hadir.
MyCARE turut mengucapkan tahniah kepada semua sukarelawannya serta penaja yang turut hadir menyantuni anak-anak yatim ini sepanjang program berlangsung.
Sebarang sumbangan kepada Kempen Bulan Anak Yatim boleh disalurkan kepada:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
Rujukan sumbangan : #bulananakyatim
Online : https://www.billplz.com/orange4orphan
Hantarkan bukti pembayaran ke account@mycare.org.my atau 013-7444760 (Whatsapp).
Lagi foto piknik: http://bit.ly/orphan-pic