Murabbi penyambung sunnah anbia

Menurutnya, usaha ini merupakan kerja yang sangat penting dalam membangunkan umat serta negara.

“Kerja ini kerja teras, yang kita buat ini, kerja besar dan penting untuk membangunkan umat dan tegakkan agama,” tegasnya di hadapan para peserta.

“Kita nak bangunkan manusia supaya manusia yang dibangunkan ini memiliki umat baru yang dapat membangunkan negara. Negara ini akan kita gunakan untuk membangunkan tamadun yang mengkhidmati manusia sejagat”.

Jelasnya, membangunkan manusia lebih sukar daripada membangunkan bangunan kerana manusia ada hati sedangkan bangunan tiada.

“Hati manusia berbolak-balik sedangkan bangunan ini semuanya pejal dan tetap. Hati perlu digilap, kerana itu ia adalah kunci untuk membangunkan manusia,” tambahnya.

  

Ustaz Megat Mohamed Amin dan para peserta yang hadir

Beliau menggariskan bagaimana baginda SAW membina ummah yang terdiri daripada banyaknya manusia iaitu tilawah ayat-ayat Allah untuk mengenali Maha Pencipta yang menurunkan syariah sebagai panduan hidup manusia, membangunkan intelektual untuk menghidupkan kesedaran dan membudayakan kehidupan yang bermanfaat serta menyucikan jiwa untuk mempertautkan hati yang mencintai Penciptanya dengan kesedaran yang tinggi memilih jalan yang diredhai-Nya.

“Sehinggalah manusia keluar daripada kesesatan dan kehancuran menjadi golongan yang sebaik-baik ummah, keluar kepada manusia dengan menyuruh kepada makruf dan menegah kemungkaran, dan mengajak manusia untuk beriman.”

Dr Parid menyifatkan Rasulullah SAW adalah contoh murabbi yang telah berjaya membentuk manusia yang sebelum ini dalam kejahilan berubah menjadi umat yang membina tamadun.

“Usaha ini dibuat dengan jiddiyah (kesungguhan) yang berterusan sehingga ke akhir hayat Nabi, malah disambung dan diteruskan ke generasi yang seterusnya.

Menurutnya, generasi seterusnya menyambung perjuangan mengurus pembinaan ummah dan mendirikan negara dengan syara’.

“Kerja ini bukan mudah. Dan kerana itu, kita perlu bantu membantu dalam menjayakan agenda ini jika kita ingin menyambung sunnah terbesar ini,” gesanya kepada para murabbi sekolah.

Projek Murabbi Qudwah anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM dengan kerjasama IKRAM MUSLEH ini bertujuan untuk membina kemampuan dan membentuk kumpulan pendokong tarbiah yang dapat membantu pertarbiahan di peringkat sekolah.

  

Para peserta yang berjaya menamatkan Projek Murabbi Qudwah bergambar bersama Presiden IKRAM

Selain itu, ia dapat menyediakan tunggak pertarbiahan yang mencukupi di setiap sekolah agar menjadi rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan isu pentarbiahan.

Projek yang dilaksanakan secara intensif ini telah mengambil masa 10 hari di mana 60 orang pendidik daripada seluruh SRI-SMI rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH telah berjaya memenuhi syarat graduasi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor menyifatkan sekolah IKRAM MUSLEH merupakan sekolah pentarbiahan contoh yang terbaik di Malaysia.

Katanya, jika ada orang luar negara yang datang ke Malaysia untuk mempelajari sistem pendidikan dan pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat institusi pendidikan Islam swasta, maka tanpa ragu-ragu pihak kementerian akan mencadangkan IKRAM MUSLEH.

“Pada sudut pandangan kementerian, kita diistilahkan sebagai sekolah ‘showcase’ bagi sekolah agama swasta. Yang menjadikan uniknya sekolah kita adalah kerana proses pentarbiahan tersebut”.

Turut hadir dalam majlis itu Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia