Hari Keluarga IKRAM 2014: ‘Ukhuwah Membawa Rahmah’

Acara tahunan kali ke-3 yang bertemakan ‘Ukhuwah Membawa Rahmah’ ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai kakitangan ibu pejabat IKRAM dan ahli keluarga bersama dengan Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM.

Ucapan aluan dan perasmian

Kira-kira 195 peserta yang terdiri daripada Ahli JKP, kakitangan IKRAM dan keluarga hadir dalam majlis ini yang bermula dengan dengan ucapan aluan Pengarah Majlis, Ustaz Noorsyazly Rameli, ucapan perasmian Presiden IKRAM,  Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan diikuti dengan acara sukaneka mengikut kategori.

Belon kaki ayam, bola buta dan teka perkataan

Mewarna, belon pecah dan binaan straw

Dalam kategori anak-kanak, mereka menyertai pertandingan mewarna dan mencari gula-gula. Sementara untuk remaja pula, mereka menyertai permainan ‘Binaan dari Straw’, belon kaki ayam dan bola tutup mata. Bagi kategori dewasa, peserta bermain belon kaki ayam, bola tutup mata, teka perkataan dan belon pecah.

Majlis setengah hari yang ringkas namun meriah ini diakhiri dengan jamuan tengahari, penyampaian hadiah acara sukaneka, sesi pertukaran hadiah kepada semua yang kakitangan yang hadir dan cenderamata penghargaan atas kerjasama IKRAM Sepang dalam menjayakan majlis ini.

Penyampaian hadiah untuk pemenang dan penghargaan untuk IKRAM Sepang

Gambar kenangan Ahli JKP dan kakitangan ibu pejabat IKRAM

Semoga majlis ini dapat mencapai objektifnya serta menjadi satu anjakan dalam mengeratkan hubungan serta ukhwah yang membawa rahmah antara kakitangan ibu pejabat IKRAM, Ahli Jawatankuasa Pusat dan ahli keluarga seluruhnya, insyaa-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia