Econsave sumbang RM1.06 juta, tabung Rebuild School for Gaza dilancarkan

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Beliau turut merasmikan produk sendiri pasaraya tersebut, ‘Housebrand Econsave’.

Econsave telah mengadakan telah mengadakan kempen sumbangan untuk Palestin di seluruh negara dan berjaya mengumpul RM1.06 juta sumbangan iaitu RM413,000 pada tahun 2013 dan RM646,000 pada tahun 2014. Penyerahan sumbangan disampaikan kepada Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Econsave turut menghantar stafnya untuk menyertai salah satu misi kemanusiaan antarabangsa iaitu misi Return2Aqsa3 (R2A3) pada Julai 2014 yang lalu. Dalam misi tersebut, Econsave telah bersama-sama Aqsa Syarif melawat kem-kem pelarian di Lubnan untuk menghantar sumbangan dan melihat sendiri keadaan keluarga dan anak-anak pelarian Palestin dan Syria di sana.

Ucapan perasmian pelancaran oleh Dato’ Sri Hasan dan simbolik pelancaran Tabung RS4G

Econsave terus prihatin terhadap nasib rakyat Palestin khususnya apabila keganasan rejim zionis Israel memuncak melalui serangan-serangan peluru berpandu dan roket selama 50 hari mulai 7 Julai 2014 ke atas Gaza hingga memusnahkan puluhan ribu bangunan, infrastruktur dan memamah 2,100 jiwa serta mencederakan lebih 5,000 jiwa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Keganasan Israel tersebut turut memusnahkan sejumlah 258 sekolah di mana sejumlah 26 sekolah di Gaza ranap keseluruhannya dan 232 buah sekolah mengalami kerosakkan teruk.

Sekolah-sekolah tersebut memerlukan pembaikan segera bagi memastikan pembelajaran 500,000 kanak-anak sekolah di Gaza dapat diteruskan. Sekolah-sekolah di Gaza yang masih terselamat daripada serangan kini menghadapi kepadatan yang tinggi di mana bilik-bilik darjah di Gaza yang sememangnya sebelum ini menampung 45pelajar setiap bilik, kini terpaksa menempatkan sehingga 75 pelajar.

Dianggarkan sejumlah USD33.5juta (RM110 juta) diperlukan untuk membangun dan membaik pulih sejumlah 258 buah sekolah, 119 tadika dan 11 IPT awam dan swasta disebabkan serangan rejim zionis Israel.

Oleh itu, MyCARE dengan kerjasama Econsave Cash & Carry telah melancarkan tabung Rebuild School for Gaza (RS4G) bagi meneruskan usaha murni membantu kanak-kanak Gaza mendapatkan bilik-bilik darjah yang asas dan dapat meneruskan pembelajaran mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui tabung-tabung kemanusiaan MyCARE yang ditempatkan di semua 57 cawangan pasaraya Econsave Cash & Carry di seluruh negara ataupun melalui akaun bank atas nama “Humanitarian Care Malaysia Berhad” seperti berikut:

Maybank Islamic Berhad – 5515 7500 4299
CIMB Islamic Bank Berhad – 8602 135 592
Bank Islam Malaysia Berhad – 1209 2010 0349 04

Para penderma dikehendaki memaklumkan pejabat MyCARE melalui e-mel ke account@mycare.org.my atau +6013-744 4760 (whatsapp, telegram atau sms sahaja) dengan menyatakan sumbangan untuk Tabung Rebuild School For Gaza (RS4G). Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau e-mel.

 

Lagi foto pelancaran: http://on.fb.me/1xjImdl

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia