2. Tersebut dalam Sahih Muslim: “Cukup kejahatan dan keburukan seseorang jika ia menghina atau memandang rendah sesama Muslim.”
Oleh kerana itu, berhati-hatilah, jangan sampai menerbitkan mesej apa pun yang mengandungi gangguan atau penghinaan seseorang, atau suku, atau bangsa, marga walaupun dengan maksud jenaka atau membuat tertawa.
3. Tersebut dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bahawa Ummu Juraij pernah memanggil Juraij, lalu si Juraij tidak membalas panggilan ibunya itu, lalu sang ibu mendoakan keburukan untuk si Juraij, dan makbullah do’a sang ibu seketika, padahal waktu itu kesibukan si Juraij adalah kerana ia sedang solat.
Imam Nawawi menyimpulkan satu pelajaran penting daripada cerita si Juraij itu bahawa seorang anak bertanggungjawab membalas panggilan ibu bapanya, dan respon ini hendaklah didahulukan, walaupun dengan mengorbankan solat sunat. Oleh kerana itu, janganlah urusan update status mengalahkan birrul walidain (berbuat baik kepada ibu bapa), betapa pun “sibuk”nya kamu dengan urusan status itu.
4. Tersebut dalam Sahih Muslim: “Dan siapa saja yang menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah SWT akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”
Oleh kerana itu, jika sampai kepadamu maklumat tentang keburukan seseorang, hapus dan buanglah maklumat itu dan jangan disebarkan, agar engkau beruntung mendapatkan ganjaran dari Allah SWT yang berupa tertutupnya keburukanmu di dunia dan di akhirat.
5. Tersebut dalam Sahih Bukhari:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melihat seseorang yang diseksa dengan sebuah besi tajam ditusukkan dari rahang sampai tengkuk, dari mulut sampai tengkuk, dan dari mata sampai tengkuk, lalu beliau SAW bertanya tentang sebab azab tersebut. Beliau mendapatkan jawapan bahawa sebabnya adalah setiap pagi, lelaki itu keluar rumah dengan satu pembohongan, yang kemudian kebohongan itu tersebar ke seluruh penjuru dunia.”
Adduuhhh… betapa banyaknya isu-isu bohong tersebar pada zaman ini, khususnya pada era di mana orang tidak lagi melakukan cross check, adduuuhhh .. betapa banyaknya nama-nama palsu di dunia maya … Oleh kerana itu, ikutilah manhaj Al-Qur’an: tatsabbut dan tabayyun.
6. Betapa banyak kemungkaran dapat dihilangkan… Betapa banyak derita dapat diselesaikan… Betapa banyak pula bid’ah boleh dihentikan, semua itu kerana ada kesatuan dan persatuan untuk menghadapinya melalui pelbagai tulisan, semua ini terhitung sebagai pintu kebaikan, dan Allah SWT mencintai orang-orang yang berbuat ihsan.
7. Celaka sekali seseorang yang telah meninggal dunia, sementara dosa-dosanya masih terus mengalir “dosa jariah” beratus-ratus tahun, lebih banyak dari itu atau kurang dari itu, dan dia pun di alam kubur sana, terus menuai azab atas “dosa jariah” itu , gara-garanya adalah keburukan yang ia mulakan, dilanjut dan disebar luaskan oleh orang-orang sepeninggalannya…
Allah SWT berfirman: “Dan Kami tuliskan apa yang telah mereka lakukan dan juga jejak-jejak mereka” (Yasin: 12).
Oleh kerana itu, jika engkau terperosok dalam kemaksiatan, jadikanlah urusan kemaksiatanmu itu antara dirimu dan Tuhanmu sahaja (sembunyikan dan jangan siarkan) dan janganlah engkau membantu orang lain dalam bermaksiat kepada Allah SWT.
8. Semua peranti dan alat adalah satu cara untuk menguji dalam urusan muraqabatullah. Maka, betapa agungnya rasa takut dan pengagunganmu kepada Allah jika engkau dapat melangkaui kemungkaran melalui alat ini, walaupun dengan mudah kamu dapat mengikuti dan menontonnya, dan meskipun kamu dapat menyendiri dengan alat itu tanpa pengawasan sesiapa.
Jika engkau tetap dapat menghadirkan muraqabatullah, nescaya engkau termasuk orang-orang yang disifati oleh firman Allah SWT: “iaitu mereka yang takut kepada Tuhan mereka saat mereka menyendiri”.
9. Di hadapanmu terbuka pintu dakwah seluas-luasnya, sangat mungkin engkau menjadi seorang aktivis dakwah padahal engkau duduk manis di tempat tinggalmu, hanya dengan menggerakkan ibu jari tangan. Maka, kumpulkanlah berbagai hal yang bermanfaat, pilih hadis-hadis yang sahih, potong bahagian-bahagian dari klip yang berguna, lalu menyebar luaskannya, sebab, siapa saja yang memberi petunjuk kepada kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala yang didapat oleh yang melakukannya.
10. Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Sepatutnya seseorang tidak kedekut, walaupun dengan melakukan sedikit kebaikan, atau dengan meninggalkan keburukan, betatapun kecilnya, sebab ia tidak mengetahui kebaikan mana yang akan menjadi sebab turunnya rahmat Allah SWT kepadanya, atau keburukan mana yang akan menjadi sebab kemurkaan Allah SWT kepadanya “(Fath al-Baari XI/321).
Petikan terjemahan: Abu Ismail
Suntingan dari sumber: http://abuamru1208.blogspot.com/2014/01/nasihat-berguna-untuk-kebaikan-dunia.html