Kenyataan Media: Pelancaran Rayuan Ramadhan 1434H

 

Sehubungan itu pada hari ini Pertubuhan IKRAM Malaysia secara rasminya melancarkan Rayuan Ramadhan 1434H bagi mengutip dana untuk tujuan tajaan berbuka puasa dan sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan di 16 buah negara termasuk Malaysia.

Tahun 2013 ini merupakan kali ke-15 kempen ini dilaksanakan setelah julung kali dilaksanakan pada tahun 1999 yang lalu. IKRAM ingin mengungkapkan penghargaan yang amat tinggi atas sokongan padu yang telah diberikan oleh semua individu, pertubuhan, syarikat dan korporat Malaysia selama 14 tahun yang sudah.

IKRAM berharap agar sokongan dan sumbangan ini dapat diteruskan lagi pada tahun ini, insyaAllah.

Sejak tahun 1999, lebih 500,000 orang penerima daripada 15 buah negara telah mendapat manfaat daripada program ini. Negara-negara itu ialah Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina, Myanmar, Sri Lanka, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Palestin, Sudan, Iraq dan Lubnan.

Untuk tahun 2013 ini Syria dimasukkan di dalam senarai negara penerima sumbangan. Semua maklum tentang kezaliman dan peperangan yang dipaksakan oleh Rejim Bashar Assad kepada rakyatnya. Ini menjadikan Syria negara penerima sumbangan yang ke-16.

Rata-rata negara di atas merupakan negara yang diuji Allah SWT ummat Musliminnya dengan pelbagai musibah dan kepayahan seperti kemiskinan, penindasan kaum, bencana alam, konflik, peperangan dan penjajahan tanahair.

IKRAM mensasarkan tajaan berbuka puasa dan sedekah kepada 100,000 orang penerima pada tahun ini. IKRAM menyeru rakyat Malaysia yang perihatin dan budiman agar dapat menghulurkan bantuan sumbangan kepada saudara-saudara Muslimin di dalam dan luar negara yang amat memerlukan pertolongan kita ini. Kadar tajaan hanyalah RM 10.00 untuk setiap peserta sahaja.


Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini menjanjikan pahala dan kebaikan yang amat banyak  kepada  orang-orang  yang  menderma.  Allah SWT  juga pasti akan mengkayakan

orang-orang yang menginfaqkan sebahagian harta kepada ummat Islam yang berada di dalam kesusahan dan kemiskinan dengan rahmat dan barakahNya.

IKRAM juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan institusi dan NGO Pelaksana Rayuan Ramadhan 1433H samada di dalam atau luar negara.

Kita sebutkan beberapa nama di bawah ini sebagai rujukan.

Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah, Majlis Ulama Rohingya dan Aqsa Syarif Berhad di Malaysia. Begitu juga Pos Kemanusiaan Peduli Ummah, Child Development Forum, Serendib Foundation for Relief and Development, The Quranic Foundation, An-Nahrain Foundation, Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja, Mindanao True Word Association, Human Charity for Relief and Development, Islamic Society-Jabalia City dan Muslim Foundation for Culture & Development di luar negara.

Tanpa kerjasama dan pertolongan mereka, projek yang sebesar ini mustahil dapat dilaksanakan dengan jayanya. Moga Allah SWT mengurniakan kebaikan yang banyak kepada mereka semua.

Akhir kata, sama-samalah kita menadah tangan bermunajat dan memohon doa kepada Allah SWT agar usaha mulia kita yang kecil ini mendapat pertolongan dan bimbinganNya.

Sekian. Terima kasih.


NAHAR BIN MD. NOR

Pengarah

Rayuan Ramadhan 1434H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia