Kenyataan Media Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Sempena Hari Wanita Kebangsaan 2011

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT, atas segala nikmat kemajuan, peluang dan ruang yang dikecapi oleh wanita di negara ini. Sebagai 50% dari populasi  Malaysia, sumbangan wanita dalam semua sektor kehidupan sememangnya tidak boleh dipinggir dan dikesampingkan lagi

Tema Hari Wanita tahun ini menggariskan satu lagi tugas penting yang semestinya dimainkan oleh wanita, dalam memastikan negara tercinta Malaysia terus bersatu bergerak ke hadapan, dengan keupayaan memaksimumkan potensi warganya yang pelbagai bangsa, agama, keturunan dan status sosioekonomi. Keupayaan menangani kepelbagaian sememangnya perlu dididik dari institusi asas keluarga, di mana ibu berperanan menanamkan nilai murni dan prinsip asas kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan persaudaraan ke dalam jiwa anak-anaknya.

Wanita IKRAM ingin menekankan perihal perlunya wanita didedahkan kepada ilmu pengetahuan yang tinggi untuk membina minda yang bertamadun dan kritikal, serta mampu menangani sebarang cabaran yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Tanpa pendedahan ini, wanita akan terus terbelenggu dalam kejahilan, kekolotan dan kemunduran minda yang hanya memberikan tumpuan kepada perkara kecil dan remeh-temeh. Rugilah Negara sekiranya wanita tidak digarap potensinya untuk mencorakkan masa depan yang cemerlang.

Wanita IKRAM berharap perhatian yang lebih serius diberikan oleh semua pihak kepada aspek transformasi sosial berasaskan nilai ketuhanan yang menjamin keadilan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian semua rakyat Malaysia, dan bukannya semata-mata kepada pembangunan fizikal dan ekonomi sahaja. Antara perkara yang perlu mendapat keutamaan adalah seperti berikut :

1.       Pendidikan yang ditekankan untuk wanita dan ahli keluarga mereka mestilah merangkumi pendidikan holistik yang akan melahirkan wanita berjatidiri tinggi; kukuh nilai dalamannya, bebas minda dan cara pemikirannya, mulia akhlaknya serta mampu menyerlahkan keperibadian yang boleh menyumbang kedalam masyarakat.

2.       Pembabitan wanita Malaysia dalam sektor pekerjaan mestilah diseimbangkan dengan keupayaan wanita menjalankan fungsi asasnya sebagai ibu dan isteri, yang menjadi tulang belakang keutuhan institusi keluarga.

3.       Tahap pendidikan wanita Malaysia yang tinggi mestilah dimanfaatkan dengan meningkatkan penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan di semua peringkat.

4.        Kadar jenayah dan keganasan yang membabitkan kanak-kanak, wanita dan golongan tua perlu dibendung segera agar keselamatan semua terpelihara dan terjamin.

5.       Eksploitasi wanita dan kanak-kanak mestilah ditangani melalui tindakan bersepadu yang menggabungkan semua lapisan masyarakat, pihak berwajib, sistem perundangan dan penguatkuasaan yang lebih ketat dan berkesan.

Wanita IKRAM menyeru semua pihak khususnya kaum wanita Malaysia agar terus gigih memajukan diri untuk berdaya saing membangunkan keluarga, masyarakat dan tanahair, agar Malaysia  menjadi sebuah  negara contoh yang seimbang aspek fizikal, ekonomi, politik, sosial dan spiritualnya.

 

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita IKRAM Pusat

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia