Kenyataan Media Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Sempena Hari Wanita Kebangsaan 2011

Tingkatkan Keupayaan Wanita sebagai Agen Transformasi Sosial

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang diadakan pada 25 Ogos tahun ini diadakan beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal yang penuh makna dan juga Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Membawa tema ` Wanita Penjalin Perpaduan’, Hari Wanita Kebangsaan ini diraikan sebagai satu simbol pengiktarafan kepada sumbangan wanita kepada negara selama ini.