7 Sebab Perlu Banyakkan Sedekah Ramadan

7 Sebab Perlu Banyakkan Sedekah Ramadan | IKRAM

Rasulullah Salallahualaihiwasallam (SAW) telah memberikan contoh terbaik kepada kita agar banyak bersedekah pada bulan Ramadan. Bahkan terdapat pelbagai faedah jika seseorang itu bersemangat dalam bersedekah ketika berpuasa di bulan yang penuh berkat ini.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahanhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّبِىُّ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ  عَلَيْهِ السَّلاَمُ  يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” (HR Bukhari & Muslim)

Ibnu Rajab rahimahullah berkata: “Al-Juud bermaksud rajin dan banyak memberi (berderma)”. Jadi, maksud hadis di atas ialah Rasulullah SAW rajin memberi sedekah kepada orang lain pada bulan Ramadan. Apakah yang mendorong baginda lebih bersemangat seperti itu? Ayuh kita ketahui agar menjadi motivasi kepada diri untuk melaksanakannya, insya-Allah.

1. Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan pahala berlipat ganda.

2. Rajin bersedekah pada bulan Ramadan bermaksud membantu orang yang berpuasa, orang yang melakukan solat malam dan orang yang berzikir supaya mereka mudah dalam beramal.

Orang yang membantu di sini akan mendapatkan pahala seperti pahala mereka yang beramal sebagaimana Nabi SAW menyebutkan keutamaan orang yang memberi makan kepada orang yang buka puasa.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut walaupun sedikit.” (HR Tirmidzi & Ahmad)\

3. Pada bulan ini, Allah Subhanahuwataala (SWT) juga berderma dengan memberikan rahmat, ampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka, lebih-lebih lagi ketika lailatulqadar (malam al-Qadar).

4. Menggabungkan antara puasa dan sedekah adalah sebab seseorang dimudahkan masuk syurga sebagaimana disebutkan dalam hadis berikut:

عَنْ عَلِىٍّ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »

Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada bilik yang luarnya dapat dilihat dari dalamnya dan dalamnya boleh dilihat dari luarnya.” Lantas orang Arab Badwi ketika mendengar perkara itu terus berdiri dan berkata, “Untuk siapa keistimewaan-keistimewaan tersebut, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Itu disediakan bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan (kepada orang yang memerlukan), rajin berpuasa dan melakukan solat pada malam hari ketika manusia lena tidur.” (HR Tirmidzi & Ahmad)

Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali, sifat-sifat yang disebutkan di atas semuanya terkumpul pada bulan Ramadan kerana orang yang beriman akan mengumpulkan pada dirinya amalan puasa, solat malam, sedekah dan berkata yang baik yang mana ketika berpuasa, dilarang berkata yang tidak benar dan sia-sia.

5. Menggabungkan antara sedekah dan puasa adalah sebab kemudahan meraih ampunan dosa dan selamat daripada seksa neraka, lebih-lebih lagi jika kedua-dua amalan tersebut ditambah dengan amalan solat malam.

Puasa adalah pelindung daripada seksa neraka sebagaimana hadis berikut:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ

“Puasa adalah pelindung daripada neraka seperti pelindung salah seorang daripada kalian ketika ingin berlindung daripada pembunuhan.” (HR Ibnu Majah & an-Nasa’i)

Manakala, mengenai sedekah dan solat malam disebutkan dalam hadis:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ

“Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api dapat dipadamkan dengan air, begitu pula solat seseorang selepas tengah malam.” (HR Tirmidzi & Ibnu Majah)

6. Dalam puasa kita tentunya ada cacat dan kekurangan, maka sedekah itulah yang menutupi kekurangan tersebut. Pada akhir Ramadan, kaum Muslimin disyariatkan menunaikan zakat fitrah yang mana tujuannya adalah untuk menyucikan diri mereka yang berpuasa. Disebutkan dalam hadis, Ibnu Abbas radhiallahuanhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan mereka yang berpuasa daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata kotor, juga untuk memberi makan kepada orang miskin.” (HR Abu Daud & Ibnu Majah)

7. Disyariatkan banyak bersedekah ketika puasa seperti saat memberi makan berbuka puasa adalah supaya orang berada dapat merasakan bebanan orang yang biasa menderita lapar sehingga mereka pun dapat membantu orang yang sedang kelaparan itu.

Oleh yang demikian sebahagian ulama ketika ditanya, “Kenapa kita diperintahkan untuk berpuasa?” jawab mereka, “Supaya yang kaya dapat merasakan penderitaan orang yang lapar dan supaya ia tidak melupakan deritanya orang yang lapar.”

Antara para ulama yang menjadi contoh antaranya Abdullah bin al-Mubarak dan al-Hasan al-Basri, mereka biasa memberi makan kepada orang lain padahal mereka sedang berpuasa sunat.

Demikianlah tujuh faedah yang disampaikan oleh Ibnu Rajab yang mendorong kita agar rajin membantu, memberi dan bersedekah pada bulan Ramadan. Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata:

“Sesiapa yang tidak mampu menggapai darjat itsar (mendahulukan orang lain daripada diri sendiri), maka jangan sampai ia tidak mencapai darjat orang yang rajin membantu orang lain (muwasah).”

Selain itu, Imam Syafii rahimahullah pernah berkata:

“Aku sangat senang ketika melihat ada yang bertambah semangat menghulurkan tangan membantu orang lain pada bulan Ramadan kerana meneladani Rasulullah SAW, kerana manusia ketika berpuasa sangat-sangat memerlukan bantuan di mana mereka telah disibukkan dengan puasa dan solat sehingga sukar untuk mencari nafkah bagi memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh ulama yang seperti itu ialah al-Qadhi Abu Ya’la dan ulama Hanbali lainnya.”

Rujukan:
Lathaif Al-Ma’arif fii Maa Limawasim Al-‘Aam min Al-Wazhoif
——-
*Nak bersedekah? Klik http://yayasan.ikram.org.my/Infaq-Ramadan/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia