7 lompatan strategik untuk IKRAM – Presiden

Yang berikut adalah ringkasan tujuh lompatan strategik tersebut:

1. Memperkasakan kewibawaan kepemimipinan IKRAM semua peringkat. Tarbiah (pendidikan) dan latihan akan memunculkan barisan kepimpinan yang berkebolehan sebagai tokoh masyarakat, pemikir, pakar dan ilmuan dalam berbagai bidang strategik.

2. Memperbanyak saf pelopor, kader dakwah dan pejuang di medan amal. Mengolah ahli baru dan ahli berpotensi yang berada di bawah susunan tarbiah IKRAM untuk ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

3. Mendidik massa secara terbuka, membimbing rakyat. Kitaran amal terbuka IKRAM ialah dakwah, tarbiah, tanzim (organisasi) dan jihad maidani (jihad di medan amal). Selaras dengan fasa sya’bi (kemasyararakatan), IKRAM mesti meluaskan capaian kitaran amal ini kepada massa dan masyarakat dan bukan kepada golongan pilihan sahaja.

4. Membangunkan imej dan kewibawaan IKRAM. Imej IKRAM ialah seruan yang damai, non-violent, rasional, sederhana, seimbang, pelaku pembaikan, bermusyawarah, menyantuni ummah dan menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran.

5. Memperkasakan aktivisme ahli-ahli IKRAM. Seluruh komponen ahli memperhebatkan aktiviti masing-masing dalam relung amal selaras dengan perancangan strategik IKRAM.

6. Memperkasakan engagement yang membina dengan masyarakat. Bergaul, berunding, berwacana dan bekerjasama dengan kepimpinan negara, politik dan masyarakat bagi melaksanakan perubahan dan pembaikan situasi negara.

7. Memanfaatkan hubungan antarabangsa. Membina hubungan persaudaraan dan kerjasama dengan gerakan Islam yang berpengalaman di wilayah Asean, Asia dan global yang perlu dimanfaatkan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia