4 Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Gejala Sosial

Perancangan dalam pembentukan keluarga amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini akan membolehkan individu meneruskan kehidupan bersama individu lain dan merancang perjalanan hidup dengan baik dan lancar.

Setelah menjadi suami dan isteri, maka adalah amat penting perancangan bersama dilakukan segera sejurus selepas majlis perkahwinan selesai.

Sebagai pasangan suami isteri, mereka hendaklah menambah ilmu, kemahiran serta sumber untuk meneruskan hidup.

Hubungan dan komunikasi mestilah dibina dengan baik agar persefahaman antara suami isteri akan membolehkan aktiviti kehidupan harian berjalan dengan lancar dan teratur.

Setelah beberapa ketika, apabila mereka dikurniakan zuriat, maka terbentuklah satu unit keluarga yang boleh memulakan peranan dalam mengawal tingkah laku dan gerak geri ahli keluarga.

Peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam menangani masalah sosial adalah:

1. Menjadi contoh teladan terbaik sesama ahli keluarga

Setiap ahli keluarga hendaklah sedar akan kepentingan pembentukan peribadi dan tingkah laku sesama mereka. Ibu bapa terutamanya mestilah menunjukkan contoh kepada anak-anak daripada segenap aspek kehidupan.

Ibu bapa juga mestilah mempamerkan contoh, mengajar dan membimbing anak-anak agar mereka dapat menjadi insan yang berperibadi dan berakhlak mulia.

Dalam pada itu, ibu bapa juga hendaklah mengajar kewajipan-kewajipan yang mesti dilakukan oleh seorang Muslim kepada anak-anak dari peringkat awal.

Ibadah-ibadah yang utama mestilah diajar daripada asas hingga ke tahap yang sepatutnya agar ia dapat diamalkan dengan baik oleh anak-anak. Pemantauan dan pemerhatian mestilah dilakukan dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya.

Ibu bapa juga hendaklah melarang anak-anak daripada melakukan perbuatan buruk dan salah dari sudut akhlak, etika dan adab.

Penjelasan hendaklah mengikut  peringkat umur anak-anak. Hukuman mestilah dilakukan secara hikmah jika ada dalam kalangan mereka melakukan kesalahan tingkah laku.

2. Senantiasa berkongsi masalah dan mencari penyelesaian bersama

Ibu bapa mestilah menjadi insan yang mengambil berat tentang kehidupan anak-anak. Mereka hendaklah senantiasa bertanya dan mendekati anak-anak untuk mengetahui perkembangan aktiviti kehidupan seharian mereka.

Adalah amat baik jika ibu bapa menjadi “good listener” yang dapat mengesan masalah anak-anak dan mencarikan penyelesaian serta mengajar anak-anak membina diri untuk menghadapi sesuatu masalah dengan baik.

Ibu bapa juga hendaklah menyelesaikan sesuatu masalah secara hikmah dan bijak dan tidak bersubahat dalam melakukan sesuatu kesalahan sama seperti yang dilakukan oleh anak-anak yang terlibat dengan masalah sosial sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan berita televisyen baru-baru ini.

Sekiranya masalah yang dihadapi itu amat berat dan kompleks, adalah baik untuk ibu bapa merujuk kepada kaunselor atau ahli psikologi. Pertemuan dengan mereka hendaklah berterusan sehinggalah jalan penyelesaian dapat dijumpai.

3. Memberikan didikan agama dan sokongan moral

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa mestilah melakukan perancangan dari peringkat awal dalam pendidikan, pembentukan psikologi dan sosial serta aspek-aspek lain.

Pemilihan sekolah dari peringkat prasekolah mestilah dirancang dengan teliti. Ibu bapa haruslah sedar bahawa sistem didikan agama dan tarbiah selain  daripada sistem akademik dan hal ehwal murid yang mantap perlu ada di sesebuah sekolah untuk menjamin pembentukan peribadi yang mulia.

Anak-anak mestilah menjadi seorang yang beradab dan seterusnya berilmu agar dapat meneruskan pembelajaran yang baik.

Sebagai pelajar, anak-anak haruslah mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai akhlak dan sahsiah yang unggul agar dapat menjadi pemimpin yang berguna pada masa akan datang.

4. Meluangkan masa bersama ahli keluaraga

Peruntukan masa bersama keluarga adalah amat penting dalam mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama anak-anak untuk bergaul, berinteraksi dan bermain bersama hingga ke tahap yang optimum agar kepuasan dapat dicapai sebagai ahli keluarga.

Ibu bapa boleh merancang perjalanan untuk melancong, berkelah, melawat tempat-tempat bersejarah dan sebagainya. Pada waktu-waktu ini, ibu bapa boleh menyelitkan ilmu berhubung kebesaran Allah SWT dan mengajar anak-anak adab, nilai dan etika yang perlu diamalkan sewaktu meluangkan masa bersama.

Sebagai rumusan, kita hendaklah sedar bahawa keluarga adalah tempat penting untuk kita semua dalam mempelajari aktiviti yang berguna dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial.

Ibu bapa yang memainkan peranan yang betul akan dapat melihat hasil dan perkembangan yang baik berhubung ahli keluarga mereka. Malah ibu bapa dan anak-anak akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Anak-anak yang berakhlak ini nanti akan menjadi aset utama negara dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, berilmu, beriman dan sedar akan kebesaran Allah SWT.

Harriz Zainal Abidin

Pensyarah ( Separuh Masa) Centre for Credited Co-Curricula

Instructor ( Separuh Masa) Sejahtera Centre for Humanity

Pelajar Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan (Sepenuh Masa) Kulliyyah of Education, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia