Ekonomi Perhatian di Media Sosial dan Maqasid Syariah

Perhatian orang ramai merupakan antara kunci bagi mencapai sesuatu tujuan terutama dalam dunia digital. Bertitik tolak daripada keadaan tersebut, aturan digital telah direka berdasarkan pergerakan algoritma yang menjadi penggerak utama untuk mencapai objektif tersebut. Maka, telah terbentuk teori “ekonomi perhatian” apabila setiap platform media sosial hari ini menjana ekonomi dalam platform tersebut dengan memaksimumkan pendekatan […]