Akal Fikiran Jadikan Manusia Mulia, Bertanggungjawab

Prof. Dr. Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka pernah menukilkan bahawa,“Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.” Nukilan Hamka membawa kita merenung kembali tujuan hidup seorang manusia yang dikurniakan akal oleh Yang Maha Esa. Allah SWT memilih manusia untuk diberikan akal, bukan malaikat, bukan jin dan bukan mana-mana makhluk […]
IKRAM Sambut Baik Gencatan Senjata Hamas-Israel

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik persetujuan gencatan senjata antara Hamas dan Israel selepas lebih 15 bulan genosid yang meragut lebih 46,000 nyawa sejak 7 Oktober 2023. Walaupun ini membawa sedikit kelegaan, ia hanyalah jeda sementara yang tidak akan mengembalikan nyawa yang hilang atau memulihkan kemusnahan mendalam di Gaza. Konflik ini telah menghancurkan infrastruktur, ekonomi […]
Kesihatan Mental Sejahtera Kunci Kebahagiaan Bersama

Pada 9 Oktober 2024, negara dikejutkan dengan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di hadapan pintu utama. Motosikal mereka dirempuh kereta SUV jenis Honda CRV. Keesokan harinya Sinar Harian melaporkan bahawa suspek pemandu, seorang suri rumah beranak tiga dipercayai mengalami masalah mental. Suami suspek mengakui isterinya berkelakuan aneh dan mula berhalusinasi sejak […]
Jadikan Azam Tahun Baharu untuk Gaya Hidup Sihat

Statistik global menurut World Health Organization (2023) menunjukkan penyumbang utama kadar kematian seramai 41 juta atau 74% adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease). Laporan turut menunjukkan seramai 17 juta kematian berlaku pada peringkat umur kurang 70 tahun dan kerap berlaku pada negara sedang membangun seperti Malaysia atau negara dunia ketiga (World Health Organization, 2023). […]
Jurang Generasi: Punca, Kesan dan Cara Merapatkannya

Jurang generasi dikenali sebagai perbezaan antara perspektif dan nilai antara mereka yang tergolong dalam generasi yang berbeza. Perbezaan ini bukanlah fenomena baru dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi lebih ketara disebabkan oleh kemajuan teknologi yang pesat, perubahan sosial dan norma budaya yang berkembang. Jurang generasi adalah perbezaan nilai dan sikap antara satu […]
Kedutaan China Bekerjasama Bantu Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU – Yayasan Ikram Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu. Majlis ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa di sini dan menyaksikan penyerahan barangan keperluan asas seperti tilam, selimut, bantal dan tuala kepada 500 keluarga yang terjejas akibat […]