Hijrah Membina Negara Rahmah
Perutusan Maal Hijrah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
1 Muharram 1442H / 20 Ogos 2020
HIJRAH MEMBINA NEGARA RAHMAH
Kleptokrasi terdedah, negara padah
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 yang lalu, perkataan kleptokrasi sering kita dengari. Ia bukan sesuatu yang baru, tetapi kerana jarang diguna pakai, ramai yang tertanya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Menurut Kamus Dewan, kleptokrasi merujuk kepada sebuah pemerintah yang dipimpin ahli-ahli yang korup menggunakan kuasa untuk mempergunakan rakyat dan sumber negara […]