Hijrah Membina Negara Rahmah

Sambutan tahun baru Hijrah yang disambut setiap tahun hakikatnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kepada kedudukannya di tengah-tengah masyarakat dunia.

 

Nabi SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat daripada lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir (yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (HR Bukhari)

 

Hijrah perlu dilakukan secara menyeluruh dan terbaik, yang mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

 

Hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabatnya menjadi anjakan yang signifikan dalam membawa perubahan masyarakat sehingga tertegaknya negara Madinah dan perlembagaannya yang membolehkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama dijayakan.

 

Berbekalkan semangat hijrah ini, saya mengajak ahli-ahli IKRAM khususnya dan umat Islam umumnya, untuk bekerja keras dan meneruskan usaha-usaha ke arah membangunkan Malaysia sebagai Negara Rahmah Mithali.

 

Untuk mencapai visi yang murni ini, tumpuan kita perlu diberikan kepada pembangunan lima bidang iaitu:

1. Perpaduan Nasional
2. Masyarakat Progresif
3. Kepimpinan berwibawa
4. Institusi Kenegaraan
5. Kemakmuran Ekonomi

 

Bidang-bidang ini mesti kita usahakan supaya dengan demikian, kita akan berjaya membina Malaysia Baharu dengan mengubah keadaan yang ada pada hari ini kepada keadaan yang lebih baik bagi seluruh rakyat.

 

“(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (At-Taubah: 20)

 

Sempena tahun baru hijrah ini, IKRAM mendoakan agar negara Malaysia sentiasa mendapat rahmat daripada Alllah SWT, mempunyai pemimpin yang kompeten dan berintegriti, memperoleh kemakmuran ekonomi, rakyat yang bersatu padu, masyarakat yang berakhlak dan progresif, serta institusi negara yang melaksanakan reformasi dan tadbir urus yang baik.

 

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha mempertingkatkan kehidupan pada tahun 1442 Hijrah ini agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya sekali gus menjadikan kita insan yang beriman dan bertakwa serta menyumbang kepada pembinaan Malaysia sebagai Negara Rahmah Mithali yang menjadi contoh kepada negara serantau dan antarabangsa, insya-Allah.

 

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia