Skim Caruman Tabung Haji: Antara Patuh Syariah Dan Menepati Kehendak Syariah

Beberapa laporan berita berkenaan urusniaga Tabung Haji (TH) semenjak tahun 2015 telah membuat orang ramai menjadi bimbang. Ini terutama sekali dalam kalangan pencarum TH, sama ada yang mencarum untuk tujuan menunaikan fardu haji atau yang mencarum semata-mata untuk melabur bagi mendapatkan pulangan.