Qurban Kasih Ummah 1436H sasar RM2 juta bantu umat Islam 18 negara
SERI KEMBANGAN – Menyasarkan kutipan RM2 juta, Qurban Kasih Ummah (QKU) 1436H optimis mampu mencapai angka tersebut menjelang sambutan perayaan Aidiladha yang bakal tiba beberapa minggu lagi, dengan syarat ia mendapat sokongan padu umat Islam negara ini.