Giatkan tarbiah, jayakan Negara Rahmah

BUKIT BERUNTUNG – Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus menggesa ahli-ahli IKRAM supaya giat berusaha meneruskan tarbiah untuk melahirkan lebih ramai generasi yang soleh serta berupaya meyakinkan masyarakat bahawa keindahan Islam mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah.