Kualiti penting, kuantiti juga penting – Presiden
KUALA LUMPUR – Kualiti dan kuantiti antara dua perkara penting yang perlu dipertingkatkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam melakukan gerak kerja serta memantapkan tugas agar dapat dijalankan dengan sempurna.
Mabit Akhawat
PUTATAN, 03-04 April 2015 – Program Mabit Akhawat yang berlangsung selama 1 hari 1 malam telah berjaya dilaksanakan. Program ini telah diadakan di Tadika Tunas Iman, Putatan yang melibatkan seramai 22 orang.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah tilawah 1 Juzuk bagi setiap kumpulan. Tazkirah disampaikan oleh ketua Wanita Ikram Sabah Pn Hjh Salbiha yang bertajuk Tanggungjawab Kita Terhadap Allah. Selain itu, diadakan juga pengisian rohani seperti qiamulail, witir jamaie dan solat subuh secara berjemaah serta bacaan mathurat.
Semoga program ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua peserta tentang tanggungjawab kita dimuka bumi ini dan sebagai hamba Allah, kita seharusnya berperanan untuk sentiasa bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita.