Bazar Jumble i-Bantu Kota Bharu mudahkan agihan pakaian untuk mangsa banjir

KOTA BHARU – Bagi mengatasi lambakan sumbangan pakaian oleh orang ramai untuk mangsa banjir, i-Bantu Kota Bharu mengambil inisiatif membuka Bazar Jumble di sini supaya mangsa banjir boleh memilih sendiri pakaian yang diperlukan oleh mereka.