Kumpulan usrah Belia IKRAM Shah Alam selamatkan bayi terbuang di surau

SHAH ALAM – Sekumpulan usrah daripada Unit Belia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Shah Alam yang sedang berqiamullail berjaya menyelamatkan seorang bayi daripada mati kesejukan di Surau Platinum Al-Mawaddah di Seksyen 7 di sini pada jam 2.00 pagi Khamis lalu.