Kenyataan akhbar: Pelancaran Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 2014
Kenyataan Akhbar | 23 Mei 2014
Pelancaran Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) 2014
Jawatankuasa Pusat Antarabangsa atau The International Central Committee for the Global March to Jerusalem (GMJ-ICC) telah bermesyuarat di Istanbul pada 15 Mac 2014 dan membincangkan keadaan terkini di Jerusalem. Perbincangan menyentuh kepada keperitan hidup penduduk di Jerusalem yang saban hari diancam amalan rasis pendatang haram Israel terhadap tanah, harta benda, rumah ibadat dan identiti bandar Jerusalem.