Selamat jalan sahabatku insan dermawan
KUALA LUMPUR – Tepat jam 6.50 pagi Isnin, 22 Oktober 2012, lembayung rahmat Ilahi terbuka luas untuk menerima seorang lagi hamba pilihan ke pangkuan-Nya. Hamba ini insan biasa tetapi bukan sembarangan. Kehadiran sementaranya di dunia ini bagaikan sudah tertulis untuk meninggalkan legasi indah buat kenangan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.