Memorandum kepada kedutaan Myanmar

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mendapat jemputan bersama 18 NGO lain untuk “Demo for Rohingya” pada hari ini, Jumaat 3 Ogos 2012, bermula di Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Myanmar selepas solat Jumaat. IKRAM menyokong dan menggalakkan ahli-ahlinya khususnya di sekitar Lembah Klang untuk turut serta menyertai demo tersebut. Berikut adalah draf memorandum yang akan diserahkan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia:
Penglibatan IKRAM membantu masyarakat Islam Rohingya

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
1. Kita sudah terlibat dalam membantu Rohingya bermula mulai 17 Jun 2012, Pengerusi JK Hal Ehwal Antarabangsa (JKHA) bersama Wan Mohd Yusof Wan Ismail (Pengurus JKHA) telah menghadiri program “Munajat Rohingya” anjuran MAPIM-SHURA di Masjid Negara pada hari berkenaan.