Penglibatan IKRAM membantu masyarakat Islam Rohingya

Kita mendapat jemputan dari Gabungan setelah kita menghubungi pihak pengurusan berkenaan sejak mula isu pembunuhan umat Islam Rohingya bermula. Kita telah terlibat sama solat hajat berjamaah, doa dan munajat oleh imam masyarakat Rohingya, demonstrasi aman telah disertai oleh hampir 3,000 penduduk Rohingya di Malaysia.

2. Kenyataan media IKRAM bersama wakil SHURA telah dibuat dengan TV Al-Hijrah telah selepas program Munajat di perkarangan Masjid Negara.

3. Pertemuan antara IKRAM diwakili Pengerusi JKHA dengan Cikgu Azmi Hamid (SUA MAPIM-SHURA) telah dibuat, kita telah menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam agenda membantu masyarakat Rohingya.

4. Pada 1 Julai 2012, mesyuarat Sekretariat Kemanusiaan Rohingya telah dibuat di bilik Mesyuarat Urusetia Penerangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. IKRAM diwakili oleh Wan Yusof dan Ahmad Kamal (YDP IKRAM Alor Setar) mewakili IKRAM Kedah. Selain IKRAM, NGO-NGO lain yang hadir di mesyuarat ini adalah ABIM, WADAH, PUM, MAPIM, TERAS, PERMUAFAKAT, SHURA Thailand, SHURA Myanmar dan wakil-wakil komuniti Rohingya. Beberapa keputusan utama telah dibuat iaitu:

i. Menjalankan aktiviti kutipan dana/kewangan dengan lebih pesat untuk dihantar segera

ii. Menjalankan aktiviti roadshow penerangan isu umat islam Rohingya dengan lebih pesat terutamanya di Lembah Kelang.

iii. Menubuhkan Tabung Mustad’afin Rohingya (TMR)

iv. Berusaha menghantar kapal kemanusiaan ke Arakan pada kadar segera.

v. Menghantar delegasi NGO Islam ASEAN ke Myanmar sebelum Ramadhan.

5. Pada 1 Ogos 2012, IKRAM diwakili oleh Wan Mohd Yusof telah menyertai delegasi kemanusiaan NGO Islam Asean ke Myanmar pada 1 Ogos 2012 hingga 3 Ogos 2012. IKRAM akan mengenal pasti kaedah dan bentuk sumbangan yang boleh dibuat untuk masyarakat Islam Rohingya.

6. Tindakan susulan akan dibuat selepas lawatan ini ialah :

a. Menubuhkan JK Khas membantu Rohingya

b. Menubuhkan tabung Khas Rohingya-IKRAM

c. Menjalankan aktiviti dan roadshow bersama ahli dan masyarakat.

Ustaz Wan Subki Wan Salleh

Pengerusi JK Hal Ehwal Antarabangsa

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia